Trick Berguna Gmail

by - Julai 30, 2018


Tahukah anda bahawa Gmail mempunyai trick yang sangat berguna? Terutamanya jika anda tidak mahu serabut menggunakan lebih daripada satu akaun e-mel. Sebagai contoh, anda ingin mendaftar akaun Twitter kedua tetapi mahu mendaftar menggunakan e-mel yang sama.

Apabila anda cuba melakukannya, Twitter tidak akan membenarkan anda meneruskan proses pendaftaran kerana ia mengesan bahawa e-mel yang sama telah digunakan oleh akaun pertama anda.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk anda bypass halangan ini? Caranya mudah sahaja!

Anda hanya perlu menambah "+apaapaaje" di belakang alamat asal Gmail anda.

Sebagai contoh:

Alamat e-mel asal: markonah.ali@gmail.com
Alamat e-mel alternatif: markonah.ali+twitter2@gmail.com

Malah, anda boleh meletakkan apa-apa sahaja perkataan selepas simbol tambah. Segala e-mel yang dihantar akan di-redirect-kan ke alamat asal anda.

Jadi sekarang anda tidak perlu lagi membuat akaun e-mel baharu jika ingin membuka akaun kedua bagi apa-apa sahaja laman sesawang atau aplikasi, bukan hanya Twitter.

0 ulasan