YES 4G Unlimited Home Internet

by - Ogos 04, 2018

Yes ada menawarkan unlimited internet tetapi pada kelajuan yang terhad iaitu 2Mbps. Mungkin pelan ini adalah pilihan terakhir buat korang sekiranya korang nak ada wifi dekat rumah. Plan ni cukup-cukup makan je kalau nak buat kongsi satu family.


Tapi kalu ikutkan balik, Streamyx masih lagi ditawarkan pada kelajuan yang lebih kurang sama iaitu 1 & 2 Mbps. Streamyx (or should I say Pre-Unifi?) adalah jugak plan laju sikit 4 & 8Mbps tapi let's be real tak semua tempat pun dia cover. Asyik-asyik alasan sama je, takde port. Harga streamyx sangatlah tidak munasabah sebab paling rendah pun RM110. TM pun tengah phase out streamyx (progress slow nak mampus Unifi dah 10 tahun dah uols tapi still tak cover satu semenanjung apatah lagi Sabah Sarawak).

So, kalau korang takde streamyx, tapi nak internet unlimited boleh lah langgan Home Internet Service oleh Yes 4G ni. (Spoiler alert: Digi Infinite 150 is way better!) Coverage okaylah kot boleh check kat sini. Actually, pakej ni dah lama pun dia introduce, sejak 2014 lagi. Nama dia Yes Fiz. Kawasan-kawasan tertentu di semenanjung je boleh langgan. Kalau kat Sabah nama plan ni Yes Speedzy. Entah kenapa Yes suka letak nama lain-lain. Asalnya, plan Fiz ni terhad pada speed 1Mbps. Ditawarkan pada harga RM79 masa mula-mula intro. Pastu naik RM89. Pastu entah bila pakej ini discontinued. Dulu, guna teknologi WiMax instead of LTE. Tapi sejak dua tiga tahun lepas Yes dah start roll out LTE band 40 (2300 MHz) band 38 (2600 MHz). Tak tahulah diorang akan kekalkan WiMax sampai bila. But, LTE is future-proof gitu.

Liputan siaran YES 4G
Pastu sejak awal tahun 2018, Yes perkenalkan balik unlimited internet ini. Kali ini guna LTE sepenuhnya bukan WiMax lagi. Home Internet Service ini ada tiga brand iaitu:
  1. Yes FIZ 2 - Untuk pantai timur (I guess??? Anyone can vouch?)
  2. Yes SPEEDZY 2 - Sabah (and Sarawak?)
  3. Yes 4G HOME  2 - The rest of Malaysia
Korang mesti rasa kenapa nama lain-lain tapi benda bukan ke sama je? Here's the catch, the prices are different! Berikut adalah harga-harganya:
  1. FIZ 2 - RM99 (2Mbps)
  2. SPEEDZY 2 - RM138 (2Mbps) or RM109 (1Mbps)
  3. 4G HOME 2 - RM109 (2Mbps)
Boleh nampak SPEEDZY 2 paling mahal. Menindas orang east Malaysia betul! Anyway keterangan lanjut boleh dibaca pada terma dan syarat:

https://www.yes.my/tnc/products-services-tnc 

Plan ni memang tak digembar-gemburkan di website utama. Hanya ada di TnC je. Plan lowkey agaknya. Yelah kalau ramai sangat guna nanti congested pulak macam Digi tu. So, kalau nak langgan sila pergi sendiri tanya di kedai atau kiosk YES 4G berdekatan, tunjuk TnC diatas kalau perlu.

PERINGATAN: Kontrak 24 bulan untuk pakej ni. Kalau kau yakin rumah kau takkan dapat Unifi dalam masa dua tahun, boleh lah consider. Tapi kalau tak menyesal pulak, yang dikejar tak dapat, dikendong berciciran. Pape jelah. Oh, and YES cakap diorang berhak cap quota 30GB. Tapi mengikut pengguna trusted FIZ sejak 2014, tak pernah enforce pun setakat ni. Truly unlimited.

And satu lagi, kalau kau guna pakaj Fiz asal 2014 tu, boleh upgrade free ke 2Mbps (harga grandfathered bayar bulanan macam biasa) dia akan hantar modem baru LTE dgn SIM card. Contract pun renew 24 bulan balik. Tapi kalau korang puas hati dengan pakej asal I don't see no harm upgrading. Modem WiMax lama boleh campak. Nak jual pun tak boleh sbb dia lock utk FIZ je.

0 ulasan